The Intro
![]() Credits!
![]() ![]()
| Tuesday, 31 December 2013 • Permalink • Add comment {0}
2014 In New Year
Assalamualaikumwarahmatullah.......
Tahun baru? Yes. Sememangnya. Azam baru? Sememangnya ada. Tapi biarlah antara Leeya dan Allah. Semoga tercapai apa yang di hasratkan. Betul tak?
Dah masuk tahun baru nie, lupakanlah segala kesedihan pada 2013. Tak perlu diingatkan lagi. Sematkan saja kenangan pada folder yang belakang. Folder kosong dan baru biarkan di hadapan untuk di isi segala yang akan berlaku pada 2014 nie. Okay?
Bangun dari kesedihan. Kuatkan diri. Tabahkan hati. Semua itu bukan perkara mudahkan? Leeya tahu. Tapi kalau kita berdoa, minta pertolongan Allah, semuanya menjadi mudah. InsyaAllah dengan izinNya.
Pastikan kita lebih berhati hati memilih kawan ataupun pasangan hidup. Kita makin membesar. Dikurniakan akal fikiran. Boleh bezakan mana buruk dan mana baik. Yang hina kita yang perli kita yang tolak kita ke tepi, abaikan. Kita akan berguna untuk mereka satu hari nanti. Dan satu hari nanti mereka akan sedar betapa perlunya kita untuk mereka.
Study? Yes. Sangat penting. Buat pelajar sekolah, pergi sekolah, balik sekolah, fikirkanlah pasal pelajaran. Jangan fikir seronok. Nak fikir seronok boleh, tapi berpada pada orang kata. Supaya apa yang kita dah belajar tak sia sia macam tu saja. Kan? Bahagiakan ibu bapa itu matlamat setiap pelajar.
Buat pelajar IPT or IPTS, pun sama juga. Lagi pack time to study. Banyak benda nak difikirkan. Betul tak? Sama jugak macam Leeya. Class pagi sampai lah ke petang. Kalau ada class malam sampai ke malam. Penat memang penat. Tapi itu lah tugas kita sebagai seorang pelajar. Jangan mengeluh. Hadapi. Kita pasti boleh.
Keluarga. Keluarga adalah segalanya bagi Leeya. Utamakan keluarga dahulu sebelum yang lain. Keluarga yang menjadi pendengar setia. Pertolongan sejati masa kita susah. Jangan sesekali abaikan keluarga.
Kawan. Kawan golongan kedua yang penting. Tanpa kawan apalah erti gelak tawa kita. Kan? Kawan ada banyak jenis. Pilih lah yang sanggup susah senang gembira sedih bersama. Buang yang suka mengambil kesempatan. Tak perlu kawan macam tu.
Mulakan hari pertama tahun 2014 ini dengan perkara yang baik dan di redhai Allah. Kesilapan kita yang dahulu, takkan selamanya menjadi kesilapan kita. Mohon keampunan pada Allah. Allah maha pengasih. Allah maha pengampun. Allah memberi peluang.
Setiap harapan kita Allah tahu. Cuma niat kita sama ada baik ataupun buruk. Itu sahaja.
"Di sini, saya Nurul Iylia Nazihah Binti Mohd Isa ingin memohon kemaafan kepada semua orang jika selama tahun 2013 Leeya ada terguriskan mana mana hati, Leeya ada sakitkan mana mana hati. Maafkan Leeya. Segala kesilapan Leeya harap dilupakan dan diampunkan. Kepada yang pernah melukai ataupun lain lain pada Leeya, Leeya dah maafkan. Semua manusia di muka bumi ini berhak mendapatkan kemaafan sesama manusia. Allah itu maha pengampun apatah lagi kita umatNya"
Lalui tahun 2014 ini dengan gembira tabah dan berhati hati. InsyaAllah. Amin.
|