The Intro
![]() Credits!
![]() ![]()
| Tuesday, 24 December 2013 • Permalink • Add comment {0}
Assalamualaikumwarahmatullah....
Manusia tidak sempurna di muka bumi ini
Hari ini, malam ini, 25hb December 2013 Leeya masih tidak dapat lelapkan mata. Dah 3 malam berturut turut Leeya tidur after solat Subuh. So, daripada tak ada buat apa apa, better Leeya update blog Leeya. Tak nak cerita pasal sesiapa dah lagi. Entri kali ini mengenai diri Leeya sendiri.
Meninggal dunia? Semua gerun dengan ayat tu kan? Dalam kepala, "cukup ke amalan aku untuk kembali kepadaNya? Banyak ke dosa aku? Cukup ke pahala aku?" Kan? Begitu jugak dengan Leeya. Selama nie Leeya terlampau hanyut dengan dunia cinta dan keseronokkan. Sampai satu tahap Leeya lemah dan berfikir, "aku lupa Dia yang mencipta aku. Aku lupa Dia yang patut aku bermohon pertolongan. Aku lupa Dia yang sepatutnya aku bersujud setiap kali 5 waktu yang terpenting" Leeya hanyut.
Solat itu tiang agama kita. Kita sebenarnya tahu. Tapi kita tak buat apa apa. Benda senang kita abaikan, tapi benda yang susah? Kita berusaha. Tak faham? Hmm. Maksud Leeya, konsert itu ini kita pergi. Ada saja masa. Bila sampai tentang solat? "Dah solat?" "Alamak! Dah terlepas waktulah" "Alaa. Dah lambat lah. Nak keluar jap lagi". Tak semua manusia. Segelintir sahaja.
Leeya dulu pun pernah abaikan solat. Kadang solat. Kadang tinggalkan macam tu je tanpa sebab. Teruk? Memang. Leeya sendiri akui diri Leeya teruk sangat dulu.
Leeya freehair dulu. Kadang bertudung. Then freehair balik. Teruk sangat.
Solat. Tutup aurat. Semua tu perkara mudah. Tapi kita yang menyulitkan. Itu bagi Leeya.
Tadi, masa Leeya baring untuk cuba lelapkan mata, Leeya terfikir satu perkara. Kematiaan. "Ya Allah, aku lebih rela di tarik nyawa sekarang daripada aku harus hadapi hari kiamatMu. Aku tak mampu. Aku lemah" Itu yang Leeya fikirkan.
"Ya Allah, kau ampunilah segala dosa hambaMu ini, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku dan juga dosa semua umat IslamMu Ya Allah. Kau berikanlah hambaMu ini ketabahan hati untuk menghadapi setiap dugaan dariMu Ya Allah" Itu lah doa Leeya setiap kali sembahyang.
Tekad dalam hati untuk berubah. Allah menolong hambaNya. Berdoalah. Allah maha mendengar. Allah maha pengasih. Allah maha penyayang. Allah maha mengetahui segalanya di muka bumi ini.
Andaikata, ada sesiapa yang membaca blog Leeya, andai kata Allah menarik nyawa Leeya sebelum tibanya hari kiamat, Leeya mohon beritahu orang yang terdekat dengan Leeya untuk buka buku diari Leeya. Dalam buku tu, Leeya dah catit semuanya. Email password account Facebook, Twitter. Mohon jasa baik deactivated account Leeya. Leeya tak ada gambar buku diari Leeya. Tapi diari tu ada dekat atas meja study Leeya dekat hostel.
Bukan berlagak baik. Bukan nak berlagak. Mohon buang segala fikiran negatif. Leeya manusia. Leeya ada hati perasaan.
"Maafkan semua salah silap Leeya yang pernah Leeya lakukan pada sesiapa di muka bumi ini"
Nak tengok wajah wajah insan yang Leeya sayang sampai akhir hayat Leeya tak? Jap ye. Tengok bawah.
Ayah Leeya, Mohd Isa Bin Baba
Ibu Leeya, Sarina Binti Kasim
Akak dan adik Leeya, Nurul Izzyati/Muhammad Haziq
Akak Linda
Akak Ekin
Abang Kamarul
Muhd Yunus
Nora
Sayang mereka sebab sentiasa ada untuk Leeya. Happy. Sedih. Kecewa. Gila. Semuanya lah.
"Thankyou cause still at beside me"
"Ya Allah, dariMu aku di wujudkan di muka bumi ini kepadaMu jua aku kembali"
|